Friday, 10 July 2015

Caramel puding resipi

Yeaaa...dapat resipi dari kawan di FB ...thanks a lot...lepas raya boleh Cuba...Jom pakat buat sendiri...jimat kos.






CAREMAL KEK


RESIPI CAREMAL KEK

Monday, 29 June 2015

CREAM PUFF DENGAN FILLING : CUSTARD VANILLA

aku memang suka makan desert. kuih muih contoh macam karipap, murtabak, pulut sekaya a.k.a seri muka, macam2 lagi mmg favorite...so sekang ni rasanya macam gatai tangan nak buat cream puff..hermmmmm agak2 menjadi  ke tidak guna resipi ni... 

BAHAN-BAHAN CREAM PUFF
250 gram tepung gandum
200 gram mentega
500 ml air
1/3 camca teh garam
6 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla (che mat guna 'butter vanilla)
Sedikit gula aising, untuk hiasan


BAHAN-BAHAN CUSTARD
2 cawan susu segar
70 gm tepung kastard (Bird's Custard)
10 tbsp gula halus (kalau suka manis boleh tambah sikit lagi)
1 camca teh esen vanilla
14gm mentega
3 cups air
2 biji telur kuning + 1 biji telur


BOLEH TENGOK VEDIO INI UNTUK PANDUAN ANDA:-



Sunday, 29 March 2015

HEAVENS PARK - western food

Rasanya lebih 2thn xmakan burger dan lain2 menu di Mr. M....

So sangat2 teringin burger2 daging yg Ade kt Mr. M...
Cari kt mana2 pun xdapat yg sama mcm Mr. M...

Tp semalam 1st time makan di heavens park...xterkata sedapnya...
dapat lepaskan keinginan yg dah lama tertangguh...
serious sedap...harga sangat2 berbaloi di heavens park....
Yang terbaiknya...ini restorens Islam...
Ada mcm2 menu : burger macam burger king pun ade, ayam grill, steak.. all in one roof..


Semalam kami Cuba set double beef burger Dan max beef burger....
alhamdulillah senyum sampai telinga.. kami rasa macam makan kt Mr. M. dua2 tersenyum puas..hehehe..imbas kembali kenangan bersama di Mr. M dulu-dulu kala la..heheheh...

Lepas Ni tempat ni akan jadi tempat makan terbaru kami makan fast food....adalah heavens park. tempat yang selesai. Tempat parking pun senang..boleh bawak parents sekali lps ni....terbaik heavens park.

My heavenspark sdn. bhd.

Lokasi: jalan jernai 2, 53100 kuala lumpur


HEAVEN PARK

HEAVENS PARK


HEAVENS PARK MENU



KIDS MEAL


TIADA TAX????  MUSYKILSEKEJAP

Friday, 9 January 2015

14.12.14 : Percutian di Pulau Pinang - Jambatan pulau pinang ke-2

Assalamualaikum kawan2.

Dah lama rasanya tidak menulis. heheh.
tapi xde pun yang membaca blog saya ni. tulis aje la.hehehe

Dah lama kami merancang untuk bercuti, akhirnya dalam kesibukan kerja, ambil juga masa untuk bercuti berdua. Destinasi yang kami pilih adalah Pulau Mutiara a.k.a Pulau Pinang.. Orang lain pakat duk bercuti ke luar negara bagaikan. tapi kami xkisah.. bagi kami bercuti yang menyeronokkan apabila dapat menghabiskan masa bersama2 ke Pulau Pinang.

Percutian kami selama 3hari 2 malam ke Pulau Pinang sangat menyeronokkan. Bila dah rancang nak ke pulau pinang dah membayang makanan yang sedap2.hehehe

So, kami membuat keputusan untuk melalui Jambatan ke-2 masuk ke dalam Pulau Pinang. Tol yang dikenakan adalah RM10.00...

Cuci mata tengok pemandangan di atas jambatan ye...

kisah percutian akan bersambung ke tempat2 yang seterusnya.

selamat memcuci mata.

Perjalanan daripada ipoh ke pulau pinang melalui lebuhraya utara selatan


Papan tanda untuk ke jambatan ke-2 Pulau Pinang


Tol Jambatan ke-2


Tol Jambatan ke-2

Perjalanan ke tol - jambatan ke-2, Penang


Perjalanan ke tol - jambatan ke-2, Penang



Perjalanan ke tol - jambatan ke-2, Penang


Atas jambatan ke-2, Penang



Atas jambatan ke-2, Penang



Atas jambatan ke-2, Penang

Sambungan dengan tempat-tempat yang lebih menarik......

Wednesday, 10 December 2014

KHASIAT SUSU KAMBING

Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. 

Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQ Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu. Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu. Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil. Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.

Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu). Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.

Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusia
- Bagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).
- Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.
- Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.
- Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.

Keistimewaan Susu Kambing
1- Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
2- Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. 
3- Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. 
4- Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
5- Mengelakkan Penyakit demam kuning.
6- Mengelakkan Penyakit lemah jantung.
7- Mengelakkan Penyakit darah tinggi/pening-pening.
8- Mengelakkan Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
9- Mengelakkan Penyakit batuk kering.
10- Mengelakkan Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
11- Mengelakkan Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
12- Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.



https://www.facebook.com/GOATMILKSUNNAH


https://www.facebook.com/GOATMILKSUNNAH



https://www.facebook.com/GOATMILKSUNNAH


https://www.facebook.com/GOATMILKSUNNAH






Cara Pengambilan Fitrah Life Goat Milk Susu Kambing

Diperkaya dengan Kolagen Marin dan Serat Inulin. 

Berat Bersih: 650 gram, Skop disediakan. 
- Satu botol susu sesuai untuk 30 cawan. 
- 2 skop untuk setiap cawan. 
- Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.







Pengambilan Fitrah Life Goat Milk Susu Kambing dengan kekacang seperti hazelnut/badam bersama2 kurma








sekian, wassalam.


Sunday, 7 December 2014

Bersukan or bersenam.

Tak kisah la ape jua senaman Dan sukan yang dilakukan tapi yang Penting untuk kesihatan diri. 

Ada orang akn berkata "buat ape ko bersukan xkurus pun aku tengok" ...
"Aku dah naik Turun tangga Kat Opis, so ok la kan dikira bersenam juga kan" ....
Tp bagi aku bersukan or bersenam adalah untuk kesihatan. Xguna juga badan kurus tapi kolestrol tinggi, kencing manis tinggi,  Ada darah tinggi Dan macam2 lagi.

Kesihatan yang sihat Penting untuk digunakan sepanjang kehidupan.. Bile badan dh berisi, nak Solat pun Susah, nak berjalan pun cepat letih, nak buat kne pun malas... Percaya atau tidak?? Anda je yang tahu bagaimana diri anda....

So if Ade kawan2 yang ingin bersukan, bagi la galakan.bukan mengutuk or mengata.. Lambat laun perkara yang dikata tu sampai pada anda juga..

Senaman yang dilakukan untuk memberi pergerakan seluruh tubuh badan, untuk kesihatan jantung, paru2 otot kaki dan tangan. badan perlu mengeluarkan peluh. garam yang berlebihan dalam badan boleh disinggirkan melalui peluh...

(jika ade ape2 kesalahan ayt sila bg tau ye)

sekian, wassalam.









Friday, 5 December 2014

Masakan ringkas tengah hari

Yeahhhh seperti yg dijangka....umi dah siap masak...ikan cencaru (ikan jaket), msk lemak sayur n petai... alhamdulillah. Rezeki hari ini.